tajuk

***** IPOH FRIDAYS CLUB***** FOOTBALL ACADEMY FOR JUNIORS IN IPOH. FOR FUTHER INFORMATION EMAIL stena007@yahoo.comTEL0125513517

Saturday, November 6, 2010

FUTSAL PIALA MENTERI BESAR PERAK

PADA 12.12.2010 HARI AHAD, KSK IPOH FRIDAYS DENGAN KERJASAMA PEMUDA MIC NG. PERAK AKAN MENGANJURKAN FUTSAL PADANG PIALA MENTERI BESAR DI PADANG IPOH BERMULA PUKUL 8 PAGI.
ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH FUTSAL PADANG TERBUKA TERHAD KEPADA 32 PASUKAN, FUTSAL VETERAN (12 PASUKAN), FUTSAL WANITA DAN FUTSAL UNTUK PEMAIN-PEMAIN AKADEMI IFC.
PENGERUSI PENGELOLA UNTUK KEJOHANAN TERSEBUT ADALAH EN. R VIKNESWARAN, TIMBALAN PENGERUSI KSK IPOH FRIDAYS.
MENTERI BESAR PERAK, DATO' SERI DR.ZAMBRY ABDUL KADIR DIJANGKA TIBA UNTUK ACARA PERASMIAN PADA PUKUL 10.00 PAGI.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 30.11.2010. SILA HUBUNGI EN.VIKNESWARAN (016-5671158) UNTUK KETERANGAN LANJUT.












TRAGEDI HARI DEEPAVALI

PADA SUBUH 5HB NOVEMBER 2010, IAITU PADA PAGI HARI DEEPAVALI, RAKAN KAMI ENCIK SARATH BABU TELAH TERLIBAT DALAM SATU KEMALANGAN DAN TELAH MENINGGAL DUNIA. BELIAU ADALAH SEORANG PEMAIN KELAB IFC DAN BEKAS PEMAIN PERAK DAN PADA MASA INI BERMAIN UNTUK MAJIKAN BELIAU IAITU IPOH SPECIALIST CENTRE.

BELIAU ADALAH SEORANG RAKAN YANG SANGAT BAIK, BERDISIPLIN DAN MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA. MAY HIS SOUL REST IN PEACE.

Thursday, October 7, 2010

PESTA MAKANAN 1 MALAYSIA

KAMI,AHLI-AHLI KSK IPOH FRIDAYS AKAN MENGANJURKAN PESTA MAKANAN SATU MALAYSIA PADA 21.11.2010, HARI AHAD DARI PUKUL 8 PAGI HINGGA 2 PETANG.
TUJUAN MENGADAKAN PESTA TERSEBUT ADALAH UNTUK MENGUMPUL DANA UNTUK MEMBELI PERALATAN SUKAN UNTUK AKADEMI BOLASEPAK REMAJA KAMI.
PROGRAM TERSEBUT DIADAKAN DI PADANG IPOH DAN AKAN DIRASMIKAN OLEH Y.BHG DATUK BANDAR IPOH, DATO' HJ ROSHIDI.

KUPON-KUPON BAGI PESTA MAKANAN TERSEBUT TELAH DIEDARKAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KELAB UNTUK DIJUAL KEPADA ORANGRAMAI. SEBUAH KUPON BERHARGA RM10.00.
BERBAGAI-BAGAI JENIS MAKANAN AKAN DIJUAL PADA HARI TERSEBUT SEPERTI ROTI CANAI, CAPATI,
NASI LEMAK, PUTUMAYAM, MEE GORENG, KUEH TEOW GORENG, ROJAK, BURGER, NASI BRIYANI, NASI AYAM, NASI VEGETARIAN DAN MINUMAN-MINUMAN F&N, AIS KRIM DAN AIR KELAPA MUDA.

KAMI BERHARAP ORANGRAMAI AKAN MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DATANG BERAMAI-RAMAI KE PADANG IPOH PADA HARI TERSEBUT.

Sunday, June 6, 2010

KARNIVAL FUTSAL

KARNIVAL FUTSAL SATU MALAYSIA TELAH BERJAYA DIADAKAN DI PADANG IPOH PADA 5HB JUN 2010. PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 8 PAGI DENGAN ACARA PERLAWANAN-PERLAWANAN DIANTARA PASUKAN PASUKAN YANG TELAH BERDAFTAR. PADA PUKUL 9.45 PAGI KARNIVAL INI TELAH DIRASMIKAN OLEH EXCO SUKAN NG.PERAK IAITU YB DATO' ZAINOL FADZI. KARNIVAL INI TAMAT PADA PUKUL 1 TENGAHARI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN KARNIVAL FUTSAL SATU MALAYSIA
TERUTAMANYA KEPADA YB DATO' ZAINOL FADZIL YANG SUDI MERASMIKAN KARNIVAL INI.
UCAPAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KELAB YANG TELAH MEMBERIKAN KOMITMEN DAN MELUANGKAN MASA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI.

Wednesday, June 2, 2010

KARNIVAL FUTSAL SATU MALAYSIA

PADA 5HB JUN 2010, AKAN DIADAKAN KARNIVAL FUTSAL SATU MALAYSIA BERTEMPAT DI PADANG IPOH PADA JAM 8.00 PAGI. SEMUA ORANG DIJEMPUT HADIR