tajuk

***** IPOH FRIDAYS CLUB***** FOOTBALL ACADEMY FOR JUNIORS IN IPOH. FOR FUTHER INFORMATION EMAIL stena007@yahoo.comTEL0125513517

Tuesday, June 14, 2011

U-12 tournament 12.6.11

Pertandingan Bawah 12 tahun Anjuran BG Perdana





Pasukan IFC dengan jurulatih dan penyokong




Tarikh : 12.6.2011
Tempat : Padang BG Perdana
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Pada hari Ahad, 12.6.11 pasukan Bawah 12 kami telah mengambil bahagian di dalam pertandingan 7 sebelah di padang awam BG Perdana. Pasukan dikendali oleh En.Sivakumar dan di latih oleh En.Subramaniam dan Magainthiran tiba dengan pasukan di Batu Gajah lebih kurang pukul 830pagi. Setelah menunggu sehingga 10 pagi,hanya 6 pasukan yang telah berdaftar untuk mengambil bahagian.
Pihak penganjur telah memulakan pertandingan secara liga pada pukul 10pagi. Pasukan IFC telah memenangi sebanyak 4 kali dan seri sekali, dan telah menduduki tangga teratas .
Pada pusingan separuh akhir, pasukan IFC telah tewas kepada YOB FC di dalam sepakan penalti.
Akhir sekali pasukan kami telah menduduki tempat ke tiga setelah menewaskan pasukan sekolah SJK Klebang.
Semua pemain, jurulatih dan penyokong amat sedih kerana tidak mendapat johan walaupun menduduki tempat teratas liga.
Kadang-kadang, walaupun kita mempunyai sebuah pasukan yang ada kelebihan dari segi strategi, kekuatan mental,persiapan yang teratur tetapi kita harus ada NASIB di sebelah kita.





Perlawanan Persahabatan Dengan Pasukan PCRC

No comments:

Post a Comment