tajuk

***** IPOH FRIDAYS CLUB***** FOOTBALL ACADEMY FOR JUNIORS IN IPOH. FOR FUTHER INFORMATION EMAIL stena007@yahoo.comTEL0125513517

Thursday, May 17, 2012

GELANGGANG FUTSAL IFC, BUNTONG

Untuk Perhatian
Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah / Menengah.

17hb Mei 2012

Tuan / Puan,

Per: GELANGGANG FUTSAL RAKYAT BUNTONG

Adalah dengan hormatnya seperti yang dimaklumkan diatas, saya mewakili KSK Ipoh Fridays ingin menawarkan penggunaan Gelanggang Futsal Rakyatdi Buntong secara percuma pada musim cuti sekolah mulai daripada 28 Mei sehingga 8hb Jun 2012 dari pukul 8 pagi hingga 1 petang setiap hari.

  1. Untuk pengetahuan tuan, pada kebiasaannya pengguna perlu menyewa gelanggang futsal tersebut dengan kadar RM10 sejam pada waktu siang dan RM20 sejam pada waktu malam.

  1. Pada musim cuti sekolah pertengahan tahun ini kami ingin menawarkan promosi kepada semua murid-murid sekolah di sekitar kawasan Buntong supaya dapat menggunakan masa lapang mereka dengan sebaik mungkin.

  1. Gelanggang tersebut boleh digunakan untuk permainan futsal, sepak takraw dan bola jaring. Masa yang di peruntukan adalah dari 8 pagi sehingga 1 petang setiap hari sahaja. Semua peralatan sukan seperti bola futsal, bola sepak takraw dan bola jaring perlu di bawa sendiri.

  1. Tempahan perlu dibuat awal sebelum 25hb Mei 2012 supaya pihak kami dapat menyediakan jadual permainan dengan segera.

  1. Pihak kami mengharapkan kerjasama dari pihak tuan untuk menjayakan program ini.

Untuk tempahan sila hubungi : En Steven Raj 012 5513517 atau En. Vikneswaran016 5671158.


Sekian Terima kasih



Yang benar,

(Steven Raj a/l Kolandaisamy)
Pengerusi
KSK Ipoh Fridays


1 comment:

  1. PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA GALATICOS ARENA CHALLENGE TAHUN 2012
    Kejohanan julung kalinya berlangsung di Galaticos Arena Futsal Silibin Ipoh.

    Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)
    Yuran : RM 100
    Pasukan: 32 diperlukan.

    Setiap pasukan bertanding layak mendapat diskaun voucher tempahan futsal bernilai RM200 dan diskaun kad 10% ditaja oleh Galaticos Arena.

    Call: 012-4647560 utk keterangan lanjut. Borang penyertaan boleh didapatkan di pejabat Galaticos Arena Futsal mulai 12 Jun 2012.

    Hadiah dan voucher untuk pemenang dan semua pasukan bertanding mencecah RM7000 ke atas!

    Johan: RM1000 + RM300 voucher diskaun
    Naib Johan: RM400 + RM200 voucher diskaun
    Ketiga: RM200 + RM100 voucher diskaun

    Anjuran sepenuhnya oleh Galaticos Arena Futsal
    Ditaja oleh Galaticos Arena.

    ReplyDelete