Monday, 20 August 2012 12:30
Pasukan
pelapis bola sepak kebangsaan sedang mencari bakat-bakat baru dari
seluruh negara bagi membentuk skuad bawah 20 tahun kebangsaan untuk
musim 2013 akan datang.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa ) menjemput pemain-pemain yang berbakat dari seluruh negeri untuk menghadiri sesi pemilihan pada 11 dan 12 September akan datang.
Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaludin memberitahu bahawa pemilihan itu akan diadakan di Padang Ipoh dalam dua sesi setiap hari.
Katanya, sesi pertama berjalan daripada pukul 8.00 hingga 11.00 pagi dan sesi kedua dari pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam.
"Pemilihan tersebut terbuka kepada pemain-pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1992,'' jelas Abdul Aziz di Ipoh semalam.
Beliau meminta semua pemain yang hendak menjalani pemilihan tersebut supaya berpakaian sukan yang lengkap.
Setiausaha Pafa itu meminta semua pemain melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal supaya mereka berjaya dalam ujian pemilihan tersebut.
"Kadang-kadang terdapat pemain yang tidak bersedia dari aspek fizikal menyebabkan mereka cepat letih dan tidak bertenaga semasa menjalani ujian pemilihan tersebut,'' jelasnya.
Abdul Aziz berkata jawatankuasa pemilihan ingin melihat kemampuan sebenar para pemain untuk dijadikan skuad pelapis kebangsaan kelak.
Beliau menyeru pemain-pemain muda dari seluruh negeri ini dapat datang beramai-ramai untuk menghadiri ujian pemilihan itu.
Blhkh sya join ini kelab,sila dail nmbor ini jika sya terpilih,0166367164
ReplyDelete